Femina channel untuk wanita

Sudah banyak stesen TV ada di Malaysia sama ada yang percuma mahupun berbayar. Bagaimanapun, tanpa sedar kita masih mempunyai kekurangan iaitu belum mempunyai satu saluran khusus buat wanita.

Menyedari perlunya menubuhkan sebuah saluran yang berkonsep kekeluargaan, Panomax (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat inkubati Technology Park Malaysia Sdn Bhd (TPM Corp) tampil dengan saluran Femina Channel. TPM Corp juga adalah sebuah syarikat agensi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi milik penuh Kementerian Kewangan diperbadankan.

Berkonsepkan kekeluargaan khusus bagi wanita Malaysia mahupun di rantau Asia, Femina Channel yang bertemakan ‘segalanya tentang wanita’ akan menyajikan program TV yang difokuskan untuk tontonan wanita remaja hingga dewasa.

Malah program-program yang bakal disiarkan juga berkisar pada tema yang sesuai bagi wanita remaja hingga dewasa.

Malah program-program yang bakal disiarkan juga berkisar pada tema yang sesuai bagi wanita seperti dokumentari, filem cereka, drama, realiti, berita dan pelbagai lagi.

Persoalannya, apakah saluran khusus buat wanita ini mampu bersaing dengan stesen lain yang sudah lama ditubuhkan dan masak dengan kehendak penonton? Sejauh mana kandungan yang ditampilkan berupaya memikat hati golongan wanita?

Wartawan Rap, Ridzuan Abdul Rahman (mohamadridzuan@hmetro.com.my mendapatkan penjelasan dariapda Pengarah Urusannya, Mohd Johari Mohd Noor atau dulunya dikenali sebagai Joe 4U2C.

Menariknya, Femina Channel mendapat sokongan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang sudi turun padang melancarkan saluran ini di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Jumaat lalu.

RAP: Boleh jelaskan bilakah Femina Channel akan bersiaran?

JOHARI: Buat masa ini kami masih dalam proses ‘test transmission’. Kami ada cukup bahan yang boleh disiarkan untuk enam bulan. Tiada masalah untuk bersiaran pada bila-bila masa. Di dalam kandungan kami ada berita, program dokumentari, filem, drama dan banayk lagi program menarik. Kalau boleh kami ingin bersiaran secepat mungkin.

Program yang sdia ada ialah Dapur Femina, Bersama Ustazah, Femina in Style (fesyen dalam bahasa Melayu dan Inggeris), Femina Groove (senaman) dan Info Femina.

Source: Harian Metro View Attachment
Date: November 28, 2012
Page: R16
Website URL: